Gunung Kinabalu sekali lagi berais

Environment
8 Apr 2023 • 12:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kepingan dan hablur ais ditemui di sekitar kawasan puncak Gunung Kinabalu.

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Kawasan puncak Gunung Kinabalu sekali lagi dilaporkan mencatat suhu di bawah paras beku pada awal pagi Jumaat.

Dilaporkan suhu yang dicatatkan ialah antara -3 sehingga -5 dan berlaku pada jam 2.30 pagi hingga 7 pagi dengan kelembapan sebanyak 17 peratus.

Menurut kenyataan Taman-Taman Sabah (TTS) di laman Facebook rasmi memaklumkan bahawa pembekuan itu berlaku di kawasan Kompleks Sub Stesen Panalaban, Taman Kinabalu sehingga ke puncak Gunung Kinabalu.

"Permukaan batuan granit licin disebabkan pembekuan ais," kata kenyataan itu pada malam Jumaat.

Kenyataan itu turut menasihatkan pendaki gunung supaya sentiasa berhati-hati sepanjang melakukan aktiviti pendakian supaya lancar dan terkawal.

"Kes sindrom akut gunung (AMS) mudah berlaku dalam keadaan cuaca yang agak sejuk, namun tiada kes kecemasan atau kemalangan yang dilaporkan berlaku," katanya.

Dalam gambar yang dikongsikan juga memaparkan kepingan dan hablur ais ditemui di sekitar puncak Gunung Kinabalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved