Gunung Lewotobi Di Indonesia Meletus, Muntahkan Abu Sejauh 10 KM

LocalEnvironment
2 Aug 2025 • 11:11 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Gunung Lewotobi Di Indonesia Meletus, Muntahkan Abu Sejauh 10 KM

ISTANBUL, 2 Ogos (Bernama) — Gunung Lewotobi Laki-Laki di Indonesia meletus pada Jumaat, memuntahkan awan yang mengandungi abu sehingga kira-kira 10 kilometer (km) dari puncaknya, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG).

Ketinggian awan abu dari paras laut adalah melebihi 11.5 km. Tiada laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa diterima setakat ini.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk tempatan dan pelancong supaya berada pada jarak sekurang-kurangnya enam hingga tujuh km dari gunung berapi itu.

Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan puluhan lagi cedera berikutan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki pada November lepas.

Gunung setinggi 1,584 meter (5,197 kaki) itu turut meletus pada Mac dan Julai lepas namun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved