Tak Perlu Kasut Jenama Mahal, Lelaki Tamatkan Larian 21KM Hanya Dengan ‘Selipar Jepun’

17 Jul 2025 • 4:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pelari dari Indonesia mencipta satu momen indah apabila berjaya menamatkan larian Half Marathon sejauh 21 kilometer (KM) dengan hanya menggunakan sepasang ‘selipar Jepun’ sahaja.

Tamatkan larian dengan selipar Jepun

image is not available

Lelaki yang dikenali sebagai Alfadistian Rahman Hakim itu juga merupakan seorang pempengaruh dari negara jiran yang turut serta dalam acara Surabaya Orthopedic Half Marathon, baru-baru ini.

Alfadistian berjaya mencuri perhatian ramai setelah berjaya menamatkan larian dengan tampil sedikit berbeza iaitu menggunakan selipar yang dipercayai hanya berharga kurang daripada RM5 sahaja.

“Di jalanan, tiada siapa yang peduli tentang jenama kasut yang kita pakai.

“Satu-satunya yang mereka ingin tahu adalah sama ada anda akan menamatkan larian atau menyerah kalah,” kata Alfadistian di Instagram, baru-baru ini.

Dia juga menegaskan biarpun tidak menggunakan kasut sukan berjenama yang mahal, bukan bermaksud lariannya menjadi perlahan malah tindakan itu mengajarnya untuk lebih merendah diri dengan perasaan bangga yang berbeza.

image is not available

“Kasut mahal mungkin boleh buat kau tinggi hati tapi dengan ‘selipar ini boleh mengingatkanmu untuk tetap membumi.

“Garis penamat kita semua sama sahaja rasa letih juga sama, tetapi rasa bangga kita yang berbeza. Dengan selipar ini menyedarkan kita bahawa sederhana itu bukan alasan untuk lemah. Hanya sekedar cari sehat, bukan cari hebat,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen warganet kagum melihat semangat yang ditunjukkan oleh pelari itu biarpun menggunakan selipar biasa namun masih berjaya menamatkan larian dengan catatan masa yang cukup baik.

Malah, ada juga wargamaya memuji cara fikir Alfadistian yang tidak meletakkan kejayaan hanya boleh dicapai dengan bermodalkan sesuatu yang bernilai sebaliknya meletakkan usaha sebagai keutamaan dalam meraih impian.

Sederhana bukan alasan lemah

image is not available

Tetap membumi

image is not available

Tak perlu kasut mahal

image is not available

Difahamkan, Alfadistian berjaya menamatkan larian dengan mencatat masa hanya 1 jam 53 minit dengan pace 5:24/KM sejauh 21KM dengan hanya menggunakan selipar tersebut di Surabaya Orthopedic Half Marathon.

Sumber: Instagram Alfadistian Rahman Hakim