Gurau Jadi Cemas, Penggali Kubur Tertimbus Tanah

2 May 2026 • 7:29 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

JAKARTA – Seorang penggali kubur di Indonesia melalui detik mencemaskan apabila tertimbus tanah selepas bergurau dengan berbaring seperti jenazah di dalam liang lahad.

Kejadian itu dilaporkan portal Lambe Turah dan turut tular di media sosial selepas rakaman dimuat naik oleh akaun Instagram @pojoksatu.id.

Gurau Bertukar Cemas

Menerusi video berkenaan, lelaki terbabit dilihat sedang menggali kubur sebelum bertindak berbaring secara mengiring dengan kedua-dua tangan diletakkan di dada, seolah-olah meniru posisi jenazah.

Namun, suasana bertukar cemas apabila tanah di sekelilingnya tiba-tiba runtuh lalu menimbus hampir seluruh tubuhnya.

Rakaman tersebut meraih lebih 2.9 juta tontonan dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata mengingatkan agar tidak bergurau keterlaluan, termasuk ada yang menegaskan bahawa gurauan sebegitu boleh mengundang bahaya jika tidak berpada-pada.

Insiden itu sekali lagi mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil mudah soal keselamatan, walaupun sekadar untuk bergurau. – The Malaysian Update

The post Gurau Jadi Cemas, Penggali Kubur Tertimbus Tanah appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved