“Gurau pun tak lebih limit” – Mad Sabah Dipuji Buat Lawak Profesional Depan Orang Singapura

Entertainment
8 Jun 2023 • 4:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu stand up comedy tak berlapik hangat sejak kebelakangan ini, ia berikutan tindakan seorang pelawak dari Singapura, Jocelyn Chia bertindak menggunakan MH370 sebagai topik serta menghemburkan kata-kata makian terhadap Malaysia.

Pun begitu, seorang pelawak yang kian meningkat naik namanya iaitu Achmad Bin Rusli atau lebih dikenali sebagai Mad Sabah berkongsi potongan videonya yang sedang beraksi di Johor.

Persembahannya itu membuatkan ramai terhibur walaupun menggunakan penonton Singapura sebagai topik, dia tidak menggunakan apa-apa sentimen yang berbaur perkauman atau merendahkan negara jiran kita itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Achmad Bin Rusli (@mad.sabah)

“Moment Tour Johor bila ada jiran kita Singapore datang kita mesti bagi salam kenal tanda sayang,” tulisnya di kapsyen.

Mad Sabah yang berasal dari Negeri di Bawah Bayu itu merupakan bekas peserta rancangan realiti pencarian stand up comedian, Lawak Solo. Dia terkenal dengan lawak-lawaknya yang banyak menceritakan budaya serta kehidupan di Sabah.

“Ni kira lawak berlapik!”

Difahamkan, klip berkenaan merupakan salah satu persembahan dalam siri jelajahnya, ramai netizen yang memuji kredibiliti Mad Sabah sebagai pelawak dan terhibur dengan jenakanya itu.

image is not available

Apa-apa pun sapot lokal ye geng!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.