Media sosial sememangnya menjadi ruang pertemuan pelbagai ragam pengguna, daripada perbincangan serius sehinggalah gurauan santai.
Namun, satu hantaran ringan di Threads baru-baru ini bertukar menjadi perdebatan hangat apabila gambar seorang penyanyi rap antarabangsa daripada kumpulan BTS diletakkan bersebelahan dengan figura tempatan, Wan Chai.
Advertisement
Rata-rata pengguna melihat terdapat sedikit persamaan pada wajah kedua-dua individu tersebut dan menganggap perbandingan itu sebagai satu jenaka rawak yang menghiburkan.
Keadaan mula menjadi tegang apabila akaun rasmi syarikat e-hailing inDrive turut meninggalkan komen pada hantaran berkenaan.
“Kenapa post gambar sama dua kali?” tulis pentadbir akaun e-hailing itu secara berseloroh.
Bagi sebahagian pengguna media sosial, komen tersebut sekadar gurauan dan tidak berniat merendahkan rupa paras mana-mana pihak. Mereka menganggap ia hanya menyambut perbandingan yang dibuat dalam hantaran asal.
Bagaimanapun, reaksi daripada peminat kumpulan K-Pop itu yang dikenali sebagai ARMY berbeza. Sebahagian daripada mereka berasa tersinggung dan menyifatkan komen tersebut sebagai penghinaan terhadap rupa paras idola mereka.

“Kalau kita tak lindungi mereka, mereka akan terus dibuli. Perangai tak betul memang kena lapor biar ada akal, jadi pengajaran,” tegas seorang peminat di ruangan komen.
Kemarahan itu tidak terhenti pada ruangan komen apabila beberapa peminat turut menggerakkan kempen untuk melaporkan akaun syarikat terbabit.
Malah, satu templat aduan rasmi dalam bahasa Melayu dan Inggeris turut disediakan menerusi platform perkongsian dokumen bagi memudahkan peminat menghantar e-mel bantahan kepada pihak pengurusan inDrive.

“Tak sabar nak spam e-mel syarikat kamu sampai kena tamat perkhidmatan. Lain kali nak muat naik hantaran, berfikir dahulu,” luah seorang lagi peminat.
Susulan kekecohan tersebut, wakil inDrive tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa komen berkenaan dibuat sekadar untuk hiburan ringan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rider GrabFood Tak Lari Dari Tanggungjawab, Cari Pemilik Xpeng Untuk Ganti Rugi, Sekali Ini Pula Reaksi Owner
The post Gurauan Bandingkan Bintang BTS Dengan Wan Chai Cetus Kemarahan ARMY, inDrive Tampil Mohon Maaf first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



