'Setiap kali terima anugerah akademik, akan timbul 'kata-kata'...' - Siti Nurhaliza perjelas isu ijazah kehormat

Entertainment
24 Jul 2026 • 10:45 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Setiap kali terima anugerah akademik, akan timbul 'kata-kata'...' - Siti Nurhaliza perjelas isu ijazah kehormat

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini sekali lagi melakar sejarah peribadi apabila dianugerahkan Ijazah Sarjana Kehormat dalam bidang Seni Kreatif dan Media daripada Sunway University.

Namun, di sebalik ucapan tahniah yang mencurah-curah, sudah menjadi adat resam dunia glamor apabila ada suara-suara sumbang yang mula mempertanyakan kelayakan anugerah tersebut.

Sedar dengan persepsi sedemikian, TokTi tampil memberi penjelasan.

Ujarnya, pihak Sunway University sebenarnya sudah menghantar surat penawaran pengiktirafan itu sejak tahun lalu.

Image from: 'Setiap kali terima anugerah akademik, akan timbul 'kata-kata'...' - Siti Nurhaliza perjelas isu ijazah kehormat

"Tahun lalu pihak @sunwayuniversity menghantar surat kepada saya untuk pengiktirafan ini. Saya dan pengurusan mengundang wakil @sunwayuniversity ke pejabat dan bertemu, berbincang serta mendengar sendiri dari mereka, kenapa ijazah kehormat ini diberikan kepada saya.

"Saya tahu, setiap kali saya menerima atau dianugerahkan sesuatu dari institusi akademik, akan timbul 'kata-kata' yang sama. Saya rungkaikan di bawah ini supaya semua faham tentang ijazah kehormat yang saya terima semalam," kongsinya.

Artikel berkaitan:

Ia merupakan anugerah khas yang dianugerahkan oleh sesebuah universiti tanpa perlu mengikut pengajian akademik secara formal. Ia diberikan sebagai tanda penghormatan tertinggi kepada individu yang telah memberikan sumbangan luar biasa, luar biasa impaknya, dan berterusan dalam bidang tertentu serta masyarakat.

"Pengiktirafan Bidang (Seni Kreatif & Media):

Pemilihan bidang ini mengiktiraf peranan dan sumbangan bakat, pencapaian mutu seni, kepimpinan serta impak seniman dalam meletakkan penanda aras industri muzik, seni persembahan, dan media tempatan mahupun antarabangsa," titipnya.

Dalam pada itu, Situ juga mengakui bersyukur menerima apa juga dianugerahkan.

"Terima kasih kerana sudi membaca. Dan selebihnya apa jua yang saya terima, saya sendiri tak pernah terfikir kerana saya hanya menjalankan tugas saya selama ini, apa yang datang selepas itu, saya syukuri," kongsi Siti.

Siti terdahulu menerima ijazah sarjana kehormat berkenaan pada Khamis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved