Gurauan Membawa Maut, Remaja Lelaki Temui Rentung Dalam Kebakaran Di Tandas Awam

29 Aug 2022 • 11:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bergurau ini ada hadnya, ia mungkin boleh menggembirakan ramai orang tetapi jika tersilap langkah gurauan ini juga boleh membawa padah.

Semalam, seorang remaja lelaki ditemukan maut dalam sebuah kebakaran di sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam, Selangor.

Menurut laporan Astro AWANI, remaja berkenaan dipercayai menjadi mangsa gurauan rakan-rakannya sebelum pihak bomba menerima panggilan pada 2.35 petang semalam.

image is not available

Sejurus tiba di lokasi, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya mendapati api telah padam dan mayat Muhamad Damin Mikhail Kansol dijumpai telah rentung.

“Bomba seterusnya mengeluarkan mangsa dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya lagi, hasil maklumat daripada saksi dan dua rakan kepada mangsa, remaja-remaja berkenaan dipercayai sedang melepak dan bermain pemainan video di dalam tandas tersebut manakala mangsa pula sedang tidur di atas sofa di hadapan pintu tandas.

Difahamkan, rakan mangsa telah menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau namun asap menjadi semakin tebal dan api mulai marak, disebabkan itu dua rakan mangsa telah lari ke luar tandas.

Salam takziah kepada keluarga mangsa…

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.