
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Sebelum ini pada 2 Oktober lalu, kapal yang dinaiki oleh ratusan aktivis termasuk 23 dari Malaysia bagi misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza telah dipintas dan ditahan oleh tentera Israel.
Mereka kemudiannya dibebaskan dan diterbangkan ke Istanbul sebelum pulang ke Malaysia pada 7 Oktober yang lalu.
Kepulangan 23 aktivis ini telah disambut dengan meriah, dan ramai yang bersyukur serta bangga dengan semangat kental mereka sewaktu berdepan dengan rejim Zionis dalam mempertahankan nasib yang menimpa rakyat di Palestin.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: PU Rahmat Dedah Dibogelkan 3 Kali, Percaya Tentera Israel Penakut [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ardell Aryana Dirawat Di Hospital, Nadzmi Dedah Alami Bahu Koyak
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan Rizalman Bangkitkan Isu Mahram Peserta Misi Global Sumud Flotilla Cetus Perdebatan
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Israel Mula Perbicaraan Usir Peserta Sumud Flotilla Tanpa Notis Awal – Adalah
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Israel Dakwa Akan Hantar Pulang Peserta Misi GSF Yang Ditahan Ke Eropah
Gurauan PU Rahmat kurang disenangi ramai
Semalam (8 Oktober) turut berlangsung Himpunan Solidariti Bersama Gaza: Gelombang Malaysia, Palestin Merdeka yang diadakan di Axiata Arena disertai para aktivis dan turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa jemaah menteri yang lain.
Sewaktu himpunan berlangsung, beberapa aktivis turut dipanggil untuk memberikan ucapan dan ada segelintirnya menceritakan mengenai pengalaman mereka antaranya adalah PU Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan.
Dalam ucapan itu PU Rahmat sempat bergurau dengan Perdana Menteri namun gurau berkenaan kurang disenangi oleh orang ramai selain turut tersasul menyebut nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.


“Tapi Datuk Seri (Anwar Ibrahim) jangan risau, saya katakan sekali lagi kalau orang benci kita lagi-lagi musuh, itu satu kemenangan. Saya tak nak beritahu apa itu maksud ‘hersosh’ nanti kita pm (hubungi) tepi Datuk Seri Najib (tersasul).
“Datuk Seri Anwar. Mat hati-hati mat nanti balik semula Mat. Saya dengan Datuk Seri banyak persamaan kami sama-sama banduan,” selorohnya dalam ucapan itu.
Ucapan PU Rahmat Sempena Perhimpunan Solidariti Gaza. 8 Okt 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil #fyp #fyppppppppppppppppppppppp
PU Rahmat mohon maaf akui belajar untuk tidak bergurau seperti itu
Menyedari perkara itu tidak disenangi, PU Rahmat tampil memohon maaf atas gurauan tersebut.
“Maaf jika gurauan ‘sama-sama banduan’ tidak bagus kerana PMX juga bergurau dengan saya gurauan yang sama.
“Kadang kita kena belajar seperti PMX yang humoris. Apa pun saya juga belajar tidak bergurau sebegitu,” katanya.
Permohonan maaf undang pelbagai reaksi dan pendapat
Melihat di ruangan balas, hantaran itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan orang ramai.
Ini kerana ada yang berpendapat apabila berada di atas pentas dan sedang berucap PU Rahmat perlu menghormati Perdana Menteri serta tidak mengeluarkan sesuatu ucapan yang kurang senang untuk didengari.
Bahkan ada yang meminta PU Rahmat untuk belajar berucap dengan tenang serta tidak berlebihan.
Ada juga memuji kerana dia tampil memohon maaf dan berharap agar perkara itu tidak diulangi lagi di masa akan datang.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat mereka memahami ia sebagai gurauan namun terdapat netizen yang terlalu sensitif.
“Maaf, apa pun kita kena hormat pentas. Harap PMX dan yang ada dalam dewan tak anggap itu sesuatu yang mengaibkan. Cumanya kami yang di luar mungkin kurang enak mendengar walaupun kadang-kadang kita bergurau dengan teman rapat ada batas ucapan yang nak kena jaga”

“Tak apa ustaz, saya suka cara ustaz. Santai tapi sampai. PMX tu sporting, ramai pemimpin yang hebat pernah dipenjara”

“Macam ni bang, PMX tu dah lebih tua dari awak. Dia gurau dengan awak macam tu tak ada masalah. Tapi awak muda dari dia, perlu bagi hormat dan majlis tu rasmi. Awak tengok air muka dia ada dia happy?”




