
Guru, Anak Sulung Ditemui Maut Dalam Rumah
Seorang guru wanita dan anak sulungnya ditemui maut dipercayai dibunuh di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, awal pagi tadi.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 6 pagi, mangsa yang juga seorang ibu tunggal, 51, bersama anak lelaki sulungnya, 21, ditemui tidak bernyawa di ruang tamu rumah mereka.
Manakala, seorang lagi anak mangsa, 13, turut ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian garaj rumah jenis satu tingkat itu.
Setakat pukul 9 pagi, pasukan forensik masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Operasi siasatan diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah, serta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Eu Kee Leong.
Sumber: Astro Awani
The post Guru, Anak Sulung Ditemui Maut Dalam Rumah appeared first on Siakap Keli.



