
Kes tragis kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, kembali hangat selepas seorang guru bahasa Inggeris didakwa menyebarkan maklumat palsu yang mengaitkan mangsa dengan mesin basuh.
Tertuduh, Siti Hajar Aflah Sharuddin didakwa membuat kenyataan itu di akaun TikTok miliknya ‘SHA_Abrienda’ pada jam 1.20 petang, 6 Ogos lalu.
Terbaru, Berita Harian melaporkan tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang selepas pertuduhan dibacakan oleh Majistret Khairatul Animah Jelani.
Didakwa buat kenyataan di TikTok

Mengikut pertuduhan, ibu tunggal itu didakwa membuat kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam serta mendorong orang lain melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.
Kenyataan itu dilihat sendiri oleh seorang anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.
Tertuduh disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.
Pssttt! Menyebarkan berita palsu hanya menambah luka pada keluarga mangsa yang sedang bersedih. Jadi, berhati-hatilah dengan perkongsian di media sosial kerana ia mampu memberi kesan besar pada orang lain.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.


