Guru Dakwa Zara Qairina Dimasukkan Dalam Mesin Basuh Berdepan Hukuman Penjara Maksimum 2 Tahun

Entertainment
21 Aug 2025 • 12:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang guru Bahasa Inggeris dari sebuah sekolah telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini atas pertuduhan menimbulkan kegusaran awam selepas mendakwa arwah Zara Qairina Mahathir telah dimasukkan dalam mesin basuh.

Namun begitu, guru yang dikenali sebagai Siti Hajar Sharafudin, 39 mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

 

Mengaku tidak bersalah

Berdasarkan pertuduhan, wanita tersebut telah membuat kenyataan yang mungkin telah menimbulkan kegentaran dalam kalangan orang awam boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Dia membuat dakwaan itu menerusi akaun TikTok miliknya pada 1.20 tengah hari pada 6 Ogos lalu. Kenyataan itu dilihat dan didengar oleh seorang anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

image is not available

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Sebelum ini, penyebaran maklumat palsu itu telah menimbulkan kebimbangan awam, selain daripada memberi tekanan emosi kepada keluarga Allahyarham serta mengganggu perjalanan siasatan polis.

Pihak polis ada membuka 15 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu terhadap kematian pelajar Tingkatan 1 itu termasuklah berita palsu tentang mangsa dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Oleh itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini ada mendedahkan bahawa seorang guru mengakui kandungan TikTok bahawa Zara Qairina dimasukkan ke dalam mesin basuh hanya sekadar ‘content’.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.