Guru bebas tuduhan gangguan seksual

LocalPolitics
2 May 2025 • 5:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang guru sekolah rendah berusia 45 tahun, di sini, dibebaskan daripada pertuduhan melakukan gangguan seksual fizikal terhadap murid lelakinya tanpa perlu membela diri.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus melepaskan dan membebaskan Rosle Basas selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Rosle.

Rosle didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dengan mencium pipinya pada Januari 2024 di sebuah bilik darjah sekolah berkenaan, di sini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kesalahan tersebut di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil lima saksi, termasuk mangsa yang didakwa.

Mahkamah turut memerintahkan wang ikat jamin yang telah dibayar oleh Rosle sebelum ini, dipulangkan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim mengendalikan pendakwaan, manakala Rosle diwakili peguam Zahir Shah.