Guru Besar SK Mentakab (Chatin) meninggal dunia

4 Feb 2025 • 5:26 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Allahyarham Cikgu Mejlan Sulkiman merupakan pemimpin berdedikasi, berwibawa, sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan sekolah dan kebajikan warga pendidik serta murid-murid.

Kematian Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Mentakab (Chatin), Mentakab, Pahang pada 29 Januari lalu dikongsi warga sekolah itu menerusi platform Facebook baru-baru ini.

Tulis mereka, Allahyarham Cikgu Mejlan Sulkiman merupakan pemimpin berdedikasi, berwibawa, sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan sekolah dan kebajikan warga pendidik serta murid-murid.

"Keperibadian beliau yang penyayang, tegas tetapi berhikmah dalam mendidik, telah meninggalkan kesan mendalam dalam hati kami semua.

"Warga SK Mentakab (Chatin) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka tabah menghadapi kehilangan ini.

"Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” kongsi hantaran itu.

Untuk info, SK Mentakab (Chatin) ditubuhkan pada tahun 2002.

Sekolah ini berfungsi sebagai alternatif bagi murid yang tinggal berhampiran dengan bandar Mentakab tetapi menghadapi kesesakan lalu lintas untuk ke sekolah lain.

Pada tahun 2009, SK Mentakab (Chatin) mempunyai 173 murid lelaki dan 146 perempuan, dengan jumlah keseluruhan 319 orang serta 23 guru (ketika itu).