Guru bongkar pelajar didera, ‘disentuh’ bapa

7 Aug 2026 • 8:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Guru bongkar pelajar didera, ‘disentuh’ bapa

KAMPAR – Seorang lelaki berusia 51 tahun di sini ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penderaan fizikal dan gangguan seksual terhadap dua anak kandungnya.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, siasatan dijalankan susulan maklumat diterima daripada pihak sekolah selepas seorang pelajar membuat pendedahan kepada guru kaunseling mengenai kejadian yang didakwa berlaku di rumah kediaman.

“Susulan temu bual lanjut, seorang lagi mangsa yang juga merupakan abang kepada mangsa turut dipercayai menjadi mangsa perbuatan sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek telah ditahan kelmarin bagi membantu siasatan dan pihak polis turut merampas sebuah peranti elektronik milik suspek bagi tujuan analisa forensik.

Mohamad Nazri berkata, permohonan reman telah dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan lebih terperinci.

“Kedua-dua mangsa telah dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan perubatan serta menerima perlindungan dan bantuan sewajarnya dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Polis Diraja Malaysia memandang serius sebarang bentuk penderaan dan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak serta akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang boleh mendedahkan identiti mangsa atau menjejaskan proses siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Guru bongkar pelajar didera, ‘disentuh’ bapa appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved