Guru Dari Sabah Ini Ambil Inisiatif Pelihara Pakaian Etnik Rinongkitan Berusia 100 Tahun

13 Aug 2022 • 10:50 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rinongkitan pakaian tradisi suku kaum Dusun Tindal berusia 100 Tahun.

Guru Dari Sabah Ini Ambil Inisiatif Pelihara Pakaian Etnik Rinongkitan Berusia 100 Tahun. Sememangnya, budaya dan tradisi semakin lama ditelan zaman jika tidak diamalkan dan dihargai sepanjang masa.

Guru di SK Bangkahak giat berusaha mengangkat martabat dan mengekalkan kepentingan budaya menerusi pakaian tradisional etnik Dusun Tindal yang dikenali sebagai Rinongkitan.

Dalam usaha itu, pakaian asli Rinongkitan yang dipakai oleh wanita suku kaum Dusun Tindal di Bangkahak pada masa lalu telah dipamerkan di Karnival Bahasa Kadazandusun dan Tinimungan Tradisi Bangkahak.

image is not available
Guru Dari Sabah Ini Ambil Inisiatif Pelihara Pakaian Etnik Rinongkitan Berusia 100 Tahun. Kredit: Media Sosial

Lapor media tempatan, pendedahan kepada pakaian yang berusia ratusan tahun itu adalah untuk mendokumentasikan sejarah pakaian itu serta mempromosikan budayanya kepada masyarakat.

Kajian juga turut dijalankan oleh para guru dimana terdapat bukti bahawa pakaian tersebut telah wujud sejak tahun 1920 dan dipakai oleh golongan wanita Bangkahak.

Sekumpulan wanita Bangkahak juga giat mengolah semula pakaian tradisional itu dengan menggunakan cara lama seperti penggunaan benang yang diperbuat daripada kulit pokok.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata dia percaya semangat yang ditunjukkan oleh guru dan penduduk kampung akan memberi inspirasi dan membolehkan generasi muda memahami tentang warisan dan keperluan untuk mengekalkan identiti budaya.

Saya gembira melihat dedikasi dan kerjasama yang begitu erat antara sekolah dan masyarakat dalam memelihara budaya, penting kepada identiti dan ekonomi tempatan serta industri pelancongan.

Walaupun Sabah terkenal dengan eko-pelancongan, Bangkuai berkata pelancongan budaya juga terkenal kepada pelancong yang ingin menyelami budaya baharu.

Bangkuai turut menggalakkan masyarakat Bangkahak supaya lebih kreatif dan inovatif dalam mencari lubuk peluang untuk mempromosikan kawasan mereka agar tidak ketinggalan dalam industri pelancongan.

image is not available
Rinongkitan dipamerkan di Karnival Bahasa Kadazandusun dan Tinimungan Tradisi Bangkahak. Kredit: The Star

Semestinya, inisiatif yang dilakukan oleh para guru dan masyarakat setempat memelihara budaya mereka seperti pakaian Rinongkitan adalah suatu perkara yang amat membanggakan.

Usaha ini sememangnya bukan sahaja dihargai oleh generasi lama, namun golongan muda juga akan meneruskan budaya ini pada masa hadapan kelak.

Jom kita telusuri tradisi telinga panjang Orang Ulu yang cukup sinonim di Sarawak ini: