Guru Denda 100 Kali Squat, Pelajar Meninggal Dunia

1 Oct 2024 • 8:01 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang pelajar sekolah menengah di Deli Serdang, wilayah Sumatera Utara meninggal dunia selepas dipaksa melakukan 100 lompatan squat oleh seorang guru pendidikan Islam, gara-gara tidak menghafal kitab. 

Kaki sakit

Saluran berita Detik News melaporkan, kejadian berlaku di SMP Negeri 1 STM Hilir pada Khamis lalu. 

Ibu mangsa, Yuliana Padang berkata, anak lelakinya yang berusia 14 tahun itu mengadu kedua-dua kakinya sakit sebelum demam pada keesokan harinya. 

“Dia dibawa ke sebuah klinik tetapi keadaannya semakin merosot dan kakinya menjadi bengkak. 

“Dia kemudian dihantar ke Hospital Sembiring Deli Tua sebelum disahkan meninggal dunia,” tambah Yuliana. 

Ketua Polis Deli Serdang, Rizki Akbar mengatakan siasatan sedang giat dijalankan.

Sumber: Kosmo menerusi Agensi