Guru Di Klang Didakwa Paksa Murid Beli Insurans Nyawa Kalau Nak Jadi Pengawas Sekolah

LocalPolitics
13 Nov 2024 • 1:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular berita mengenai seorang guru di sebuah sekolah terletak di Klang menjadi murid sebagai ‘mangsa’ untuk membeli insuransnya.

Pasangan suami isteri bergelar guru paksa anak murid beli insurans nyawa

Difahamkan dari laporan MalaysiaKini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor telah mengesahkan pihaknya telah menerima aduan berhubung penyalahgunaan kuasa oleh pasangan suami isteri yang juga merupakan guru di sebuah sekolah rendah yang didakwa memaksa murid untuk membeli insurans daripada mereka.

image is not available

Ya, betul dan dalam makluman JPN. Dalam penelitian JPN dan siasatan akan dilaksanakan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang.

Melalui aduan yang dibuat oleh seorang ibu, anaknya yang bersekolah di sebuah sekolah kebangsaan di Klang, Selangor untuk membeli insurans nyawa daripada guru terbabit sebelum dilantik sebagai pengawas sekolah atau Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

Anak tak dapat jadi pengawas sekolah sebab tak beli insurans

Namun begitu, kerana mempunyai masalah kewangan, murid terbabit terpaksa menolak tawaran gurunya dan menjadi punca anak wanita terbabit tidak dapat menjadi pengawas di sekolah itu.

image is not available

Tetapi, pasangan suami isteri guru itu didakwa telah memaksa anaknya membuat bayaran insurans nyawa itu dan ibu murid itu berkata sudah membuat dakwaan tetapi tiada tindakan yang diambil.

Sehubungan itu, saya dengan penuh hormat memohon agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan PPD mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat supaya perkara ini tidak berulang lagi pada masa depan.

image is not available 2 weeks ago

Ahli KWSP Tidak Dibenarkan Keluarkan Akaun Persaraan Untuk Pergi Haji