Guru Hampir Buta Dilastik Bapa Murid Sebab Marah Anak Kena Tendang Di Sekolah

Entertainment
8 Aug 2023 • 1:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang guru dari Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia berdepan dengan risiko buta mata kanan selepas dilastik oleh bapa kepada anak muridnya.

Menurut Sinar Harian, indisiden itu berlaku di Kabupaten Rejang Lebong, Bengkulu dan telah mencetuskan kemarahan ramai.

Mangsa yang bertugas di SMAN 7 Rejang Lebong yang dikenali sebagai Zaharman dan kini sedang dirawat Hospital Ar Bunda, Kota Lubuk Linggau.

image is not available

Guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani itu mengakui trauma dan takut pulang ke rumahnya, lapor Sinar Harian.

“Masih terbayang-bayang kejadian itu,” katanya yang turut mengalami sakit kepala setiap kali mendengar bunyi bising.

Sementara itu, anak lelaki Zaharman, Ilham Mubdi menegaskan bahawa keluarganya akan tetap meneruskan tindakan undang-undang kerana perbuatan pelaku itu telah membahayakan nyawa dan menyebabkan bapanya berisiko buta kekal.

image is not available

Sementara itu, pelaku kes penganiayaan tersebut sudah menyerah diri dan mengaku yang dia melastik mangsa sebanyak dua kali kerana gagal mengawal emosi selepas mendapat tahu anaknya ditendang guru tersebut.

Katanya, selepas melihat mangsa cedera dia bertindak melarikan diri kerana bimbang dipukul orang ramai.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.