Guru langgar pelajar Tingkatan Satu tiba di mahkamah untuk direman

13 Apr 2026 • 9:06 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Guru yang dipercayai melanggar seorang pelajar Tingkatan Satu sehingga maut di hadapan surau SMK Tanjong Mas di Kota Bharu pada Ahad tiba di mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman pada pagi Isnin.

KOTA BHARU - Guru yang dipercayai melanggar seorang pelajar Tingkatan Satu sehingga maut di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini pada Ahad tiba di mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman pada pagi Isnin.

Wanita berusia 57 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah menaiki trak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 8.40 pagi.

Sebelum itu Sinar Harian pada Ahad melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved