Guru Luah Dimarahi Ibu Bapa, Tuduh Duit BAP Tak Cukup Sebab Diambil Untuk Bayar Yuran PIBG

Entertainment
16 Jan 2025 • 5:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Melalui inisiatif kerajaan, semua murid sekolah diberikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Difahamkan, agihan BAP sudah berlangsung bagi fasa pertama yang berjumlah RM791.25 juta kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2024/2025.

Ada ibu bapa dakwa guru agih bantuan RM100 je?

Namun, baru-baru ini seorang pendidik meluahkan rasa terkilan dengan tindakan ibu bapa yang memarahi guru apabila mendapati wang BAP yang diterima tidak mencukupi.

Menerusi perkongsian guru terbabit, ibu bapa berkenaan mendakwa guru telah mengambil wang RM50 daripada jumlah yang diberikan untuk tujuan kegunaan bayaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Cikgu dimarahi parent sebab anak kata cikgu bagi RM100 je, sepatutnya RM150.

Parent kata cikgu dah ambil RM50 tu untuk bayaran PIBG. Tapi cikgu ada rekod serahan RM150 tanpa apa-apa potongan.”

Bagaimanapun, perkara itu terbongkar apabila murid itu dikatakan telah membelanjakan duit berkenaan sebelum beri kepada ibu bapanya.

Menurut guru terbabit, duit bantuan berkenaan adalah hak murid (keperluan sekolah) namun mungkin ibu bapa terbabit kecewa kerana tidak dapat menggunakannya untuk membeli barang keperluan rumah.

Perkongsian guru terbabit mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang berpandangan tidak semua berkemampuan sehingga ada ibu bapa menggunakan duit bantuan itu untuk kegunaan rumah.

image is not available image is not available

Jika kita semak menerusi laman sesawang KPM, BAP merupakan bantuan tunai secara one off bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan murid.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.