Guru Meninggal Sendirian Dalam Rumah Didakwa Kemurungan, Terjerat Hutang Along

17 Jun 2025 • 4:34 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kematian tragik seorang guru wanita, Lo Kwan Fong, 39, yang ditemui sudah tidak bernyawa dalam rumahnya di Bandar Selesa Jaya, Skudai, terus mengundang rasa pilu selepas didakwa kemurungan akibat beban hutang dengan along.

image is not available

Guru didakwa kemurungan, tapi tiada dokumen pembuktian

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Aznan Tamin menyatakan maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) menunjukkan bahawa mendiang mengalami tekanan serius yang dipercayai berpunca daripada masalah kewangan.

“Guru tersebut mendakwa mengalami kemurungan tapi tiada dokumen pembuktian dari pihak hospital.

“Guru tersebut juga tiada sejarah penyakit. Masalah utama kes tersebut adalah keterhutangan serius dan berhutang dengan along,” jelas Aznan dalam satu kenyataan rasmi.

image is not available

Mayat guru didakwa kemurungan ditemui sudah berbau di kediamannya

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan memaklumkan, mayat wanita itu ditemui pada Khamis lalu selepas jiran mula mengesyaki bau busuk dari kediaman mangsa.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Nusa Bestari kira-kira jam 8 malam. Siasatan awal mendapati wanita terbabit yang tinggal seorang diri berkemungkinan telah meninggal dunia sejak sebulan lalu.

“Hasil bedah siasat yang telah dijalankan oleh doktor pakar forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru mendapati punca kematian unascertained (advance decomposition),” katanya.

image is not available

Difahamkan, mendiang adalah anak tunggal dan telah kehilangan kedua ibu bapanya sejak 1 Mei 2010.

Mendiang juga hidup sebatang kara dan tidak pernah berkahwin.

Maklumat ini diperoleh daripada pihak sekolah selepas siasatan dibuat dengan bantuan jiran-jiran sekitar.

Setakat ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah dikesan.

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)