Guru & Pelajar Parah Terlibat Nahas, Bomba Bantu Patahkan Cubaan Curi Barang Mangsa

8 Jul 2026 • 8:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang guru agama dan tiga pelajar cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Solok Duku, Masjid Tanah, Melaka, petang tadi.

Difahamkan, mereka dalam perjalanan pulang ke sekolah agama di Durian Daun selepas menyertai Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheng.

Dalam perjalanan pulang selepas sertai acara sukan

Memetik laporan daripada Berita Harian, Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Zulkhairani Ramli menyatakan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.24 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, setibanya di lokasi, seorang guru lelaki berusia 24 tahun bersama seorang pelajar berusia 16 tahun didapati tersepit di dalam Proton Saga yang dinaiki mereka, manakala dua lagi pelajar mengalami kecederaan.

“Guru terbabit dan pelajar berusia 16 tahun yang tersepit berjaya dikeluarkan pihak bomba dalam tempoh kurang 10 minit menggunakan peralatan hydraulic rescue tools.
“Manakala pelajar berusia 15 tahun yang mengalami patah kaki serta seorang lagi pelajar berusia 16 tahun yang cedera akibat hentakan pula berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Image from: Guru & Pelajar Parah Terlibat Nahas, Bomba Bantu Patahkan Cubaan Curi Barang Mangsa

Ada pihak cuba mencuri barang peribadi milik guru

Beliau berkata, pemandu lori berusia 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.

Dalam masa sama, operasi menyelamat itu turut menyaksikan anggota bomba berjaya menggagalkan cubaan individu yang dipercayai cuba mencuri wang tunai serta barangan peribadi milik guru berkenaan ketika pasukan penyelamat sedang menjalankan tugas.

“Anggota bomba berjaya mematahkan cubaan itu sebelum semua wang dan barangan peribadi mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Image from: Guru & Pelajar Parah Terlibat Nahas, Bomba Bantu Patahkan Cubaan Curi Barang Mangsa

Kesemua mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut, manakala pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan serta cubaan mencuri yang berlaku di lokasi kejadian.

Sumber: Berita Harian (Farhana Yaacob)

The post Guru & Pelajar Parah Terlibat Nahas, Bomba Bantu Patahkan Cubaan Curi Barang Mangsa appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved