Guru, tiga pelajar cedera kereta bertembung lori

8 Jul 2026 • 8:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Guru, tiga pelajar cedera kereta bertembung lori

MELAKA, 8 JULAI: Seorang guru dan tiga pelajar lelaki cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan lori di Solok Duku, Masjid Tanah hari ini.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Zulkhairani Ramli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.24 petang sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah dikejarkan ke lokasi.

“Guru lelaki berusia 24 tahun dan seorang pelajar berusia 16 tahun yang duduk di bahagian belakang mengalami kecederaan parah selepas tersepit sebelum dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas.

“Dua lagi pelajar masing-masing berusia 15 dan 16 tahun mengalami kecederaan. Mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba manakala pemandu lori berusia 46 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata semua mangsa yang cedera kemudian diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam pada itu, beliau berkata anggota bomba turut menggagalkan cubaan beberapa individu yang dipercayai cuba mengambil barangan dan wang peribadi milik guru berkenaan ketika operasi menyelamat dijalankan.

“Semua barangan milik mangsa berjaya diselamatkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved