Guru Positif Dad*h, Cab*l Dua Pelajar Perempuan Dalam ‘Rumah Hantu’

Entertainment
9 Jan 2025 • 5:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Guru merupakan individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan di sekolah.

Pun begitu, lain pula ceritanya di Melaka apabila seorang guru lelaki didakwa mencabul dua orang pelajar perempuan berusia 12 tahun.

Menurut laporan Kosmo!, Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md. Nazri Zawawi berkata, tangkapan terhadap suspek berusia 44 tahun itu dijalankan susulan laporan polis dibuat pengadu yang juga guru besar sekolah berkenaan kira-kira pukul 12.48 tengah hari semalam.

image is not available
Gambar Hiasan

Insiden tersebut dipercayai berlaku di dalam sebuah rumah hantu yang dibuka dalam kawasan sekolah sempena Hari Karnival Sekolah yang bakal berlangsung Sabtu ini.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki di sebuah rumah di Paya Rumput kira-kira pukul 10.25 malam, semalam. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek yang telah berkahwin ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 14 Januari bagi membantu siasatan,” katanya.

Hasil siasatan mendapati suspek mempelawa kedua-dua mangsa memasuki rumah hantu sebelum bertindak mencabul mereka dari arah belakang.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.