Guru rampas satu baldi alat solek pelajar

Beauty
28 Jul 2026 • 8:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Guru rampas satu baldi alat solek pelajar

JAKARTA – Paparan video yang menunjukkan detik seorang guru mempamerkan hasil rampasan berupa kelengkapan alat solek milik pelajarnya sehingga memenuhi satu baldi plastik menjadi tular di media sosial, lapor agensi berita Lambe Turah.

Video pendek yang dimuat naik oleh akaun Instagram @kunaerohsheilo itu mendadak tular dan mencetuskan pelbagai reaksi pengguna internet.

Guru berkenaan dilihat membawa sebuah baldi dipenuhi dengan pelbagai jenis alat solek yang dikumpul hasil pemeriksaan ke atas murid dalam tempoh tertentu.

Melihat lambakan alat solek milik mereka dipamerkan di hadapan kelas, murid-murid dalam video tersebut hanya mampu terdiam dan pasrah. 

Sebahagian netizen  bersetuju dengan tindakan guru tersebut dengan mengingatkan bahawa fungsi utama sekolah adalah untuk belajar, bukannya bersolek.

Namun, sebilangan pengguna laman sosial lain berkata,  alat solek dibeli dengan harga yang mahal dan mendesak agar barangan yang dirampas dipulangkan semula kepada ibu bapa apabila sesi persekolahan tamat. – AGENSI

The post Guru rampas satu baldi alat solek pelajar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved