Guru sandaran, interim tidak dinilai dalam PBPPP - KPM

25 May 2023 • 3:24 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan satu surat siaran memaklumkan penilaian prestasi bagi Guru Sandaran (Guru Interim), Guru Sandaran Terlatih dan Guru Sandaran Tidak Terlatih tidak akan dinilai dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP).

Menurut surat tersebut, PBPPP hanya melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah dilantik secara tetap atau kontrak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“Bagi Guru Sandaran (Guru Interim), Guru Sandaran Terlatih dan Guru Sandaran Tidak Terlatih yang memerlukan penilaian prestasi, Ketua Jabatan boleh menggunakan penilaian sedia ada iaitu Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

“Ini bermakna PBPPP tidak akan digunakan sebagai alat penilaian bagi guru-guru yang dinyatakan,” menurut surat terbabit.

Selain itu, sebagai langkah menyesuaikan penilaian prestasi, Bahagian Pembangunan Penilaian Kompetensi (BPPK) telah menjalankan semakan dan mendapati terdapat beberapa guru dalam kategori Guru Sandaran yang telah dinilai menggunakan PBPPP akan digugurkan daripada sistem e-Prestasi.

Dalam pada itu juga, semua pengetua dan guru besar diminta untuk mengambil tindakan sesuai berdasarkan maklumat yang diberikan melalui surat tersebut agar mereka dapat memberi penjelasan kepada guru-guru sandaran sekali gus mengarahkan mereka untuk menggunakan LNPT sebagai alat penilaian prestasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved