KPM Umum Lebih 3000 Jawatan Kosong Guru Sekolah Di Sarawak Belum Diisi

25 May 2023 • 5:24 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

3,061 jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan belum diisi

KPM Umum Lebih 3000 Jawatan Kosong Guru Sekolah Di Sarawak Belum Diisi. Menteri Pendidikan (KPM) Fadhlina Sidek mendedahkan sekolah di Sarawak mempunyai sebanyak 3,061 jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang belum diisi termasuk 30 kekosongan di kawasan Parlimen Julau.

Beliau memaklumkan perkara itu ketika diminta Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng menyatakan jumlah kekosongan jawatan guru di Sarawak khususnya di kawasan Parlimen Julau.

image is not available
KPM Umum Lebih 3000 Jawatan Kosong Guru Sekolah Di Sarawak Belum Diisi. Kredit: Dayak Daily

“Jumlah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi sekolah di bawah KPM di Sarawak ialah 42,987 setakat 30 April 2023, berbanding jumlah jawatan yang diisi iaitu 39,926.

Sarawak mempunyai 3,061 jawatan terbuka untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

image is not available

“Bagi kawasan Parlimen Julau, sehingga 30 April 2023, jumlah keseluruhan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan adalah seramai 692 orang berbanding jumlah jawatan yang diisi iaitu 662 orang guru.

Terdapat 30 kekosongan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Parlimen Julau.

“KPM komited untuk terus memenuhi keperluan guru di seluruh negara bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berkesan,” kata Fadhlina semasa Waktu Soalan Menteri (MQT) di Parlimen di Kuala Lumpur pada Selasa (23 Mei).

image is not available

Beliau juga berkata KPM sentiasa memberi perhatian terhadap pengisian jawatan guru di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah di bawah KPM.

Baca lagi artikel menarik:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved