Guru sanggup tolak kerusi roda bagi murid istimewa sertai larian rentas desa bersama kawan-kawan

24 Feb 2025 • 3:31 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seperti kata pepatah, ‘guru diibaratkan seperti sebatang lilin’, yang bukan hanya berkorban demi memberikan ilmu kepada anak murid, malahan sanggup berbuat apa sahaja demi keperluan anak-anak didiknya.

Begitu juga jasa yang diberikan oleh Cikgu Fairus terhadap seorang anak muridnya yang menghidap cerebral palsy. Menerusi perkongsian dari ibu kanak-kanak tersebut, beliau terharu dengan jasa Cikgu Fairus yang sanggup menolak kerusi roda anaknya untuk bersama-sama rakan-rakan yang lain menyertai larian merentas desa.

Kanak-kanak istimewa tersebut yang dikenali sebagai Adam sangat gembira apabila diberitahu dapat menyertai larian tersebut bersama rakan-rakan.

@adeelashakila

Rzeki adam blh join merentas desa gn kwn2. Ibu dh tnda kt borang x izinkan sbb keadaan dia tpi x sgka ada ckgu yg sggup tolak wheelchair dia nanti. Laju jaa jwb nakk hrap2 adam x ubah fikiran laa #fypシ #ppki #cerebralpalsy

♬ Hujan Tangis – Ziell Ferdian

Dalam perkongsian tersebut juga, ibu Adam, Adeela Shakila berkongsikan mesej perbualan WhatsApp Cikgu Fairus yang meminta izin untuk membawa Adam menyertai larian tersebut.

“Hari yang paling Adam tunggu-tunggu. Pengalaman pertama Adam. Dia sronok sangat. Masa dia lalu ibu tak boleh nak sorak dah kat dia. Sebak sangat-sangat terharu. Dia tak pernah join mana-mana sukan. Hanya mampu tengok kawan-kawan.

“Terima kasih Cikgu Fairus atas pengorbanan cikgu bagi peluang dan sudi tolak Adam. Hanya Allah mampu balas jasa cikgu,” tulisnya.

@adeelashakila

Hari yg paling Adam tunggu2. Pngalaman ptama Adam. Dia sronok sgt. Msa dia lalu ibu xleh nk sorak dh kt dia. Sebak sgt2 terharu. Dia xpnah join mana2 sukan. Hnya mmpu tgk kwn2. Terima Kasih cg Fairus ats pngorbanan cg bgi peluang dan sudi tolak Adam. Hnya Allah mampu balas jasa cg #fypシ #ppki #cerebralpalsy #merentasdesa #padangterap

♬ UAK – amir_mior

Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap Cikgu Fairus yang berusaha untuk menggembirakan hati kanak-kanak istimewa ini selain menzahirkan penghargaan atas tindakan tersebut.