
BATU PAHAT – Seorang lelaki yang dipercayai memukul seorang guru sekolah memandu di Muar, dalam insiden di perkarangan Balai Polis Parit Sulong, petang semalam, kini diburu polis.
Menurut sumber, kejadian berlaku ketika guru berusia 56 tahun itu tiba di balai polis untuk membuat laporan selepas diekori suspek yang menunggang motosikal.
Jerit & Pukul Kereta Tanpa Sebab
Difahamkan, sebelum insiden, mangsa sedang memandu kereta membawa empat pelajar dari Muar menuju ke Taman Mutiara.
Sebaik tiba di Parit Tegak, Jalan Muar–Batu Pahat, suspek dikatakan menjerit sambil memukul kereta mangsa tanpa sebarang alasan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.
“Polis mengesyaki suspek memakai cincin di jari ketika memukul mangsa sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya sambil memaklumkan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
Arah Pelajar Lari Selamatkan Diri
Sebelum ke balai polis, mangsa sempat mengarahkan semua pelajarnya turun dan melarikan diri ke rumahnya. Dia kemudian terus memandu ke Balai Polis Parit Sulong untuk membuat laporan.



