Guru wanita ditemukan meninggal dunia di sekolah

1 Aug 2026 • 3:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Guru wanita ditemukan meninggal dunia di sekolah
Seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia dalam satu kejadian di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor pada Khamis.Gambar hiasan

KUALA KUBU BHARU - Seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia dalam satu kejadian di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Manimaran Munjandi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS 999 kira-kira pukul 7.15 pagi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia ketika berada di Unit Kecemasan.

“Pihak polis tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi dan siasatan awal mendapati mangsa ditemukan di bilik guru di tingkat satu sekolah berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh pada pukul 5.30 petang hari sama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor. - Awani 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved