Seorang lagi peserta RXZ Members maut di LPT 2

1 Aug 2026 • 10:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Seorang lagi peserta RXZ Members maut di LPT 2

DUNGUN – Seorang lagi peserta RXZ Members 8.0 maut dalam kemalangan melibatkan seorang pelajar universiti swasta di Kilometer 354, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Kuala Dungun, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 3 petang itu, mangsa, Muhammad Bakhtiar Mazlan, 22, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Bakhtiar dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Parit Raja, Batu Pahat, Johor selepas menghadiri program RXZ Members 8.0.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda Vario yang ditunggang mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

“Impak kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Nik Ab. Halim berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Muhammad Bakhtiar sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat pelajar universiti itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Seorang lagi peserta RXZ Members maut di LPT 2 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved