Guru wanita rugi lebih RM200,000 jadi mangsa penipuan panggilan telefon

LocalPersonal Finance
8 Mar 2025 • 2:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUANTAN, 8 MAC: Seorang guru wanita mengalami kerugian RM226,400 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan menerusi panggilan telefon (phone scam) November lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata ia bermula apabila wanita berumur 38 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC), mendakwa kononnya wanita itu terlibat dalam sindiket penipuan.

Beliau berkata panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang mengaku sebagai pegawai polis, dan wanita itu diarahkan membuat pemindahan wang, kononnya bagi tujuan siasatan Bank Negara Malaysia.

“Dalam tempoh 4 Dis hingga 16 Dis lepas, wanita itu telah membuat 21 transaksi pemindahan wang ke tiga akaun berbeza sehingga dia mengalami kerugian sebanyak RM226,400. Ia merupakan wang simpanan wanita itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved