Guru wanita rugi RM2,000 selepas kereta dirempuh dari belakang, beg tangan dilarikan

16 Jan 2024 • 9:27 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SANDAKAN: Seorang guru wanita kehilangan pelbagai barang bernilai RM2,000 apabila beg tangannya dilarikan seorang lelaki yang merempuh kereta yang dipandunya di persimpangan Jalan Jambatan Merah dan Jalan Utara di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.30 pagi apabila kenderaan yang dipandu guru berumur 47 tahun itu dirempuh sebuah kereta Toyota Camry dari belakang, sebelum pemandu kedua-dua kenderaan terlibat bergaduh, dan suspek cuba memukul wanita itu dengan sebatang kayu.

“Kedua-dua mereka bergelut, dan suspek kemudiannya merampas beg tangan guru berkenaan sebelum melarikan diri dengan kereta Toyota Camrynya. Guru wanita itu tidak mengalami kecederaan, dan terus ke balai polis Sandakan untuk membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat dengan menelefon 013-9071709 bagi membantu siasatan. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved