Guru wanita rugi RM23,000 ditipu sindiket panggilan telefon

LocalPolitics
3 Jun 2025 • 8:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang guru wanita kerugian RM23,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai Touch ‘n Go dan pihak berkuasa pada 29 Mei lepas. Gambar hiasan.

KANGAR - Seorang guru wanita kerugian RM23,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai Touch ‘n Go dan pihak berkuasa pada 29 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, guru berusia 26 tahun yang mengajar di sebuah sekolah di Pauh, Arau itu menerima panggilan telefon daripada suspek pada 12.21 tengah hari, yang memaklumkan Touch 'n Go miliknya digunakan untuk mencuri wang daripada akaun orang lain.

"Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada pihak berkuasa (iaitu) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang kononnya mendakwa mangsa terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram dan penyeludupan dadah.

"Guru ini diminta untuk membuat pemindahan wang ke akaun sebuah bank yang diberikan suspek berjumlah RM23,000 dengan satu kali transaksi bagi mengelakkan akaun banknya dibekukan dan mangsa membuat transaksi pindahan wang itu pada hari sama, 29 Mei lepas,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ahmad Mohsin berkata, guru itu hanya menyedari dirinya ditipu selepas menyemak semula maklumat dan membuat laporan polis pada keesokan harinya.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved