GV Fantasia: Dapat Kedudukan Pertama, Faizal Puji Persembahan Zahid - “Brader Dah Buktikan Walau Kita ‘Bengkak’ Tapi Bukan Biasa-Biasa”

24 Nov 2026 • 4:03 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

GV Fantasia: Dapat Kedudukan Pertama, Faizal Puji Persembahan Zahid - “Brader Dah Buktikan Walau Kita ‘Bengkak’ Tapi Bukan Biasa-Biasa”

Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Faizal Ramly menitipkan ucapan tahniah kepada rakan seperjuangannya, Zahid Baharudin atas persembahan yang ditampilkan pada konsert ketiga baru-baru ini.Menerusi perkongsian di Threads, Faizal berkata Zahid berjaya membuktikan bahawa bentuk fizikal bukanlah penghalang untuk memberikan persembahan terbaik.“Buat brader orange kita @zahidbaharudin tahniah untuk persembahang semalam. Brader dah membuktikan walau kita bengkak tapi bukan bengkak biasa biasa!” tulisnya. Dalam masa sama, Faizal turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua rakan seperjuangannya yang lain meskipun tidak bergambar bersama.“Terbaekk brader ku, tahniah jugak untuk semua rakan seperjuangan yang lain walau tak ada dalam gambar ni.“Kita enjoy dan buat yang terbaik. Tak lupa juga buat manager ku Abang Fuad yang banyak tunjuk ajar saya hingga hari ini. Senyum Sokmolah!” coretnya.Minggu ketiga menyaksikan Zahid berada dikedudukan pertama dengan peratusan markah sebanyak 62.20 peratus.Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.Empat alumni Akademi Fantasia (AF) iaitu Farah AF2, Felix AF3, Akim AF7, dan Ara Johari (AF2016) turut menjadi bintang sama-sama berentap di pentas GV Fantasia.Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved