GV11: Cantik Di Usia-49 Tahun, Ini Petua Ning Baizura - "Saya Dah Amalkan Dari Zaman Tok Nenek"

9 Nov 2024 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Ning Baizura bersyukur masih diberi kesihatan yang baik ketika usianya menginjak ke 50 tahun.
 
Malah, penyanyi yang terkenal dengan lagu Awan Yang Terpilu itu berbangga dengan bentuk badan ideal yang dimilikinya hingga ini.
 
Jelas Ning, rahsia utamanya untuk menjaga kesihatan dan bentuk badannya melalui amalan berpuasa.

 
"Alhamdulillah saya bangga dengan kesihatan mahupun kecantikan yang saya ada sekarang. Semuanya kerana Allah. Saya bersyukur. Syukur sangat-sangat.






"Benda ini semua daripada zaman tok nenek kita dah diamalkan. I suka sangat ulam. Hari-hari memang kena ada ulam.