‘Gwenchana’ Imran Bard mendunia, seronok pelakon K-Drama sebenar ‘notice!

22 Sep 2023 • 9:56 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pempengaruh media sosial, Imran Bard kembali menjadi perhatian ramai selepas video parodi ‘gwenchana’ dibuatnya ‘mendunia’ sehingga mendapat ‘notice’ pemilik sebenar, Lee Yi-Kyung yang juga pelakon terkenal Korea Selatan.

Bagi peminat K-Drama, pasti ramai mengenali dengan tagline ‘gwenchana gwenchana‘ yang dibawa oleh watak Lee Joon-Ki (lakonan Lee Yi-Kyung) dalam drama komedi berjudul Welcome to Waikiki yang diterbitkan pada 2018.

Gwenchana Imran Bard mendunia, siap pelakon sebenar ‘collab sekali!

Ia dapat dilihat dengan sendiri apabila, pelakon K-Drama tersebut memuat naik sebuah video ‘collab’ dengan parodi pendek Imran Bard di platform TikTok, semalam.

Menerusi hantaran tular, dilihat Lee Yi-Kyung membalas parodi pendek dibuat pempengaruh kelahiran Melaka itu dengan bertanya semula sama ada dia benar-benar ‘okey’ atau sebaliknya.

Bagi yang belum mengetahui, tagline tersebut mendapat perhatian ramai kerana ia membawa maksud tidak mengapa di mana watak Lee Joon-Ki dalam drama berkenaan sentiasa kekal tenang menghadapi ujian hidup.

Wahh Imran Bard mendunia!

Meskipun video tersebut berdurasi pendek, namun ia berjaya mengutip berjuta-juta jumlah tontonan di platform tersebut.

Malah, ramai di kalangan warganet terutama peminat K-Drama menyatakan perasaan teruja dan seronok apabila video parodi tersebut turut mendapat perhatian pemilik sebenar.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Imran Bard seronok, bukan lagi terkenal satu Bukit Bintang

Melihat kepada video tular tersebut, Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 22, turut meluahkan rasa seronok dan tidak sangka video parodinya mendapat perhatian sehingga ke pemilik sebenar tagline berkenaan.

Pempengaruh berusia 22 tahun itu juga sempat berseloroh dengan mengatakan dia kini bukan lagi terkenal di seluruh kawasan Bukit Bintang, bahkan sudah menakluki wilayah Gangnam.

image is not available

image is not available

Sumber: TikTok @lee2kyung, IG Imran Bard