GX Card, Kad Debit GXbank dengan RM0 caj keluar wang di semua ATM boleh ditempah sekarang

LocalDigital
19 Jan 2024 • 4:31 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bank Digital pertama yang beroperasi di Malaysia, GXBank kini mengumumkan kad debit mereka telah sedia untuk dimohon. Bagaimanapun, ia tidak terdapat untuk semua pengguna buat masa ini. Mereka yang terpilih, akan dapat melihat tawaran memohon GX Card di laman utama aplikasi.

Tarikan utama kad debit GXBank adalah tawaran pulangan tunai 1% tanpa had, untuk semua jenis pembayaran kecuali beberapa perkara seperti tambah nilai eWallet, insuran/takaful, perkhidmatan kerajaan, derma dan judi. Ia juga menguntungkan untuk pengguna Grab, kerana menawarkan 1.5x mata ganjaran GrabRewards jika berbelanja di Jaya Grocer. Selain itu, yuran RM1 di mesin ATM MEPS seluruh negara dikecualikan tetapi untuk masa terhad.

image is not available

Cara memohon GX Card

Pengguna GXBank yang terpilih, akan dapat melihat sepanduk untuk mendapatkan kad GX Card. Jika ada, anda boleh menekan pada sepanduk tersebut untuk mula memohon.

image is not available

Mula-mula, anda akan diminta untuk memasukkan nama yang diingini pada kad. Kemudian, kad maya akan dicipta. Jika berjaya, kad maya tersebut akan sedia digunakan. Setelah selesai penciptaan kad maya, maka proses memohon kad fizikal akan tersedia.

Tekan pada butang ‘Order Physical Card’ untuk memohon kad fizikal GX Card. Anda akan diminta untuk mengesahkan nama yang diingini, serta alamat penghantaran. Tekan ‘Confirm’ untuk mengesahkan dan kad anda akan disiapkan.

image is not available

Di ruangan GX Card, anda boleh mendapatkan maklumat tentang kad maya GX Card seperti nombor kad, tarikh luput dan nombor CVC. Selain itu, ia juga ada menyatakan bila kad fizikal anda dijangka akan tiba. Di ruangan ini juga, pengguna diberi pilihan untuk membekukan kad jika tidak mahu menggunakannya buat sementara.

Buat masa ini, GXBank menawarkan kad fizikal ini secara percuma, serta yuran tahunan kad fizikal dikecualikan. Turut dinyatakan, penggantian kad juga dikecualikan dari sebarang bayaran.

Selain pembayaran menggunakan PIN 6-angka, kad debit GXBank juga menyokong pembayaran tanpa sentuh ala PayWave. Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai sokongan Apple Pay, Google Pay atau Samsung Pay.

Promosi RM8 + RM8

image is not available

Jika anda belum menjadi pengguna GXBank, mereka kini masih menawarkan pulangan tunai RM8 untuk deposit RM88 pertama ke dalam akaun GXBank. Tawaran ini sah sehingga 29 Februari 2024. Malah, ada bonus RM8 jika memautkan DuitNow ID ke akaun GXbank, dari sekarang hingga 5 November 2024.

Sebagai bank digital, GXBank hanya beroperasi melalui aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Apple Appstore atau Google Playstore. Untuk maklumat lanjut, layari laman web kad debit GXBank.

[Sumber: GXBank]

Bacaan Berkaitan