GXBank Menjadi Yang Pertama Terima Pengesahan Bank Negara Untuk Memulakan Operasi – Bank Digital Diterajui Grab

TechnologyDigital
5 Sep 2023 • 4:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GX Bank Berhad (GXBank) kini menjadi bank digital pertama yang menerima pengesahan oleh Bank Negara Malaysia untuk memulakan operasi di Malaysia. Sebelum ini, sebanyak 5 lesen bank digital telah dikeluarkan, dan beberapa langkah telah disediakan sebelum bank digital tersebut boleh beroperasi.

image is not available

Dengan penerimaan pengesahan ini, kita mungkin melihat GXBank memulakan operasi kepada umum tidak lama lagi.

GXBank merupakan salah satu penerima lesen bank digital di Malaysia, dimana ia diterajui oleh Grab. GXBank dijangka menyasarkan perusahaan kecil dan sederhana, selain individu. Penawaran bank digital dijangka akan meningkatkan kadar keterangkuman dalam arena kewangan dan perbankan.

GXBank diterajui oleh Pei Si Lai sebagai CEO, dan dikatakan mempunyai lebih 95% tenaga kerja Malaysia dari pelbagai sektor melibatkan teknologi dan kewangan.

Dengan kebenaran operasi oleh BNM ini, GXBank akan memulakan ujian beta untuk aplikasi mereka melibatkan sejumlah kecil pengguna terlebih dahulu – melibatkan pekerja GXBank, Grab dan Kuok Group. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut GXBank tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved