GXBank tawar pulangan harian 5% p.a waktu terhad

4 Apr 2024 • 1:54 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

GXBank akan mengadakan promo dividen harian pada kadar 5% p.a antara 10 April hingga 9 Mei 2024. Hal ini bermakna, pemilik akaun GXBank akan menikmati pulangan harian lebih tinggi berbanding kadar biasa 3% yang dinikmati di luar tempoh promosi. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang promosi menarik ini.

5% p.a hanya untuk dana Saving Pockets

Buat yang tidak menggunakan GXBank, beberapa jenis tempat simpanan boleh diwujudkan. Apabila anda wujudkan akaun GXBank, anda akan diberikan satu akaun simpanan. Kemudian, anda juga boleh wujudkan sehingga 10 Saving Pockets untuk tujuan-tujuan tertentu sebagai tabung berasingan di bawah akaun GXBank yang sama.

image is not available

Promosi 5% p.a yang akan berjalan ini katanya tertakluk kepada dana yang berada di Saving Pocket. Makanya, sekiranya anda ingin memanfaatkan promo ini, anda perlu pindahkan dana daripada akaun simpanan kepada Saving Pocket.

image is not available

Satu lagi syarat yang ditetapkan GXBank adalah, untuk setiap Saving Pocket, kadar istimewa 5% hanya tertakluk kepada RM5,000 pertama dan satu akaun GXBank boleh ada sehingga 10 Saving Pocket. Menggunakan kalkulator kewangan, anda boleh peroleh sehingga RM208 dengan RM50,000 yang disebarkan ke semua Saving Pocket.

TNG Go+, alternatif patuh syariah kepada GXBank

Untuk makluman anda, GX Account setakat ini adalah jenis konvensional dan tidak patuh syariah. Sekiranya anda ingin alternatif yang patuh syariah, anda boleh lihat pada TNG Go+ yang tawarkan kadar pulangan harian 3.49% p.a.

image is not available