Gyokeres kekal bersama Arsenal

Football
4 Aug 2026 • 7:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gyokeres kekal bersama Arsenal

LONDON: Penyerang Arsenal, Viktor Gyokeres tidak akan meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan musim panas ini meskipun dikaitkan dengan penghijrahan ke Sepanyol.

Gyokeres sebelum ini dilaporkan berpotensi dijadikan sebahagian daripada tawaran Arsenal untuk mendapatkan penyerang Atletico Madrid, Julian Alvarez.

Bagaimanapun, penyerang Sweden yang muncul penjaring terbanyak Arsenal musim lalu selepas menyertai kelab itu menerusi perpindahan bernilai 63.5 juta pound (RM349.7 juta) akan terus kekal di Stadium Emirates.

“Dia akan kekal.”katan pengendali Arsenal, Mikel Arteta apabila ditanya mengenai masa depan Gyokeres di Emirates.

Arteta turut enggan mengulas spekulasi mengenai usaha mendapatkan Alvarez dengan menyifatkan perkara itu tidak perlu dibesarkan sehingga ia disahkan

“Saya tidak akan bercakap mengenai pemain yang bukan milik kami,” katanya.

Arsenal pada masa sama dilaporkan masih mengintai peluang untuk mendapatkan bintang Real Madrid, Vinicius Junior, sekiranya pemain Brazil itu gagal melanjutkan kontraknya di Santiago Bernabeu.

Namun, Arteta percaya beliau sudah memiliki prospek hebat dalam skuad apabila sensasi remaja Max Dowman terus mempamerkan aksi cemerlang.

Pemain berusia 16 tahun itu menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan jaringan ketika Arsenal membelasah Girona 4-1 dalam aksi pra-musim, Sabtu lalu.

Arteta berharap Dowman terus meningkatkan prestasinya menjelang musim baharu yang dijangka menjadi detik penting buat pemain muda itu.

“Apabila anda bermain untuk Arsenal, jangkaannya sentiasa tinggi dan anda perlu bersedia memberikan yang terbaik.

“Kami tahu apa yang mampu dilakukannya. Kami mahu dia lebih konsisten dari segi prestasi dan impak yang boleh diberikannya.

“Tetapi saya fikir dia beraksi dengan sangat baik hari ini,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

The post Gyokeres kekal bersama Arsenal appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved