Barcelona terpaksa korbankan impian

FootballSports
31 Jul 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Barcelona terpaksa korbankan impian

BARCELONA – Barcelona menutup hasrat untuk mendapatkan Eli Junior Kroupi selepas penyerang muda Bournemouth itu mengalami kecederaan serius yang dijangka memaksanya berehat sehingga empat bulan.

Kroupi sebelum ini menjadi sasaran utama Barcelona sebagai alternatif kepada penyerang Atletico Madrid, Julian Alvarez, selepas skuad The Catalan itu dilaporkan sudah mengemukakan dua tawaran rasmi kepada Bournemouth awal minggu ini.

Namun, kedua-dua tawaran tersebut yang difahamkan mencecah €100 juta (RM468 juta) telah ditolak oleh pengurusan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Malang berganda buat Barcelona apabila Kroupi terpaksa berehat panjang selepas mengalami patah tulang metatarsal ketika menjalani kem latihan pramusim The Cherries di Austria.

Menurut laporan, pemain Perancis itu telah menjalani pembedahan kelmarin dan dijangka hanya kembali beraksi pada Disember depan.

Kroupi sebelum ini menarik perhatian besar selepas mencipta rekod sebagai pemain remaja dengan jaringan terbanyak apabila meledak 13 gol dalam musim debut di pentas EPL.

Prestasi tersebut membuatkan jurulatih pasukan, Hansi Flick cukup tertarik dengan profil teknikal serta kepantasan pemain itu selain Kroupi cukup teruja dengan peluang menyertai juara La Liga pada jendela perpindahan kali ini.

Barcelona kini berdepan dilema besar apabila terpaksa mencari penyerang ketiga selepas Kroupi mengalami kecederaan selain rundingan untuk mendapatkan Alvarez terus menemui jalan buntu. – AGENSI

The post Barcelona terpaksa korbankan impian appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved