'Beraksi tanpa penonton sangat pelik'

22 May 2020 • 5:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PENYERANG Bayern Munich, Thomas Muller mengakui suasana agak janggal ketika beraksi dalam stadium tanpa penonton selepas saingan Bundesliga secara rasminya disambung Sabtu lalu.

Muller turut berjenaka dengan menyifatkan perlawanan tersebut umpama perlawanan bola sepak orang tua kerana dilangsungkan pada jam tujuh petang dan bermain di bawah lampu limpah.

"Atmosferanya agak pelik tetapi sebaik sahaja perlawanan bermula, kami dapat fokus. Mungkin kami perlu sesuaikan diri dengan keadaan ini untuk beberapa tempoh waktu dan saya percaya ia demi kebaikan semua pihak," katanya.

Semua saingan liga bola sepak dunia ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 sejak Mac lalu dan Bundesliga menjadi liga pertama yang dibuka semula, namun dilangsungkan tanpa kehadiran penyokong.

Dalam masa sama, Muller turut mengakui setiap pasukan memerlukan masa untuk kembali berada pada prestasi terbaik selepas terpaksa berehat panjang.

"Apa pun terdapat keterujaan yang tinggi sebelum perlawanan ini bermula, seperti kami menghadapi aksi pertama Bundesliga pada bulan Ogos," katanya.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved