“Haa, Kejar Dia”- Cik Ponti Sakat Wanita Di Restoran Buat Netizen Pecah Perut

Entertainment
17 Dec 2023 • 3:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pemilihan untuk makan dimana bersama pasangan kadang kala boleh menjadi pergaduhan. Ini disebabkan, kebanyakan wanita tdak tahu di mana tempat makan atau terlalu memilih untuk makan apa.

Tetapi, siapa ada pengalaman membawa pasangan ditempat yang bertemakan seram?

Baru-baru ini, terdapat satu video tular mengenai satu pasangan yang sanggup pergi makan ke sebuah restoran yang berkonsepkan rumah hantu.

Video berkenaan diambil selepas pasangan selesai makan dan diganggu Cik Ponti.

Apa yang menggelikan hati, wanita dalam video tersebut kelihatan benar-benar takut. Mungkin, sebab itulah, Cik Ponti sempat mengusik!

Suami wanita itu pula bertindak meninggalkan isterinya berlalu pergi sebelum kedengan jeritan memanggil “Abangg”.

Rata-rata netizen terhibur dengan video yang tular itu.

“Laki dia tinggal macam tu macam nak balas dendam.

“Nampak sangat akak tu takut muka terus berubah,” antara komen netizen.

Macam mana akak tu time makan? ke Cik Ponti memang dah aim lama?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article