“Habis Kaki Digilis, Pastu Pandang Macam Kita Salah” – Datang Waktu Sesak, Individu Tegur Ibu Bapa Tolak ‘Stroller’ Di Bazar Ramadan

Family & Parenting
18 Mar 2024 • 4:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan bila adanya bazar Ramadan, pasti ada saja hal yang tidak dingini berlaku dan akan diluahkan oleh pengunjung di laman media sosial masing-masing.

Tak bertimbang rasa

Selalu kita dengar pengunjung mengadu harga atau kualiti makanan kurang memuaskan tetapi untuk minggu kedua Ramadan ini, terdapat beberapa individu meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah pengunjung yang tidak bertimbang rasa terhadap pengunjung lain.

Kata mereka, keadaan bazar sudah sedia ada sesak dan wujudnya golongan tidak bertimbang rasa ini hanya akan membuat keadaan bertambah tidak selesa.

image is not available

Pasangan yang dilamun cinta dan suka menggedik, pilih makanan cepat sikit. Kami beratur di belakang tak minat tengok drama. Seterusnya ibu bapa yang ada anak kecil khususnya bayi.

Tegur ibu bapa bawa ‘stroller’

Individu tersebut merasakan ibu bapa yang membawa kereta sorong sewaktu bazar dalam keadaan sesak sememangnya tidak sesuai, dimana hanya akan menyusahkan orang sekeliling dan juga kesian pada bayi tersebut.

image is not available

Susulan itu, warganet yang lain turut menambah beberapa ‘golongan yang menyusahkan’ sewaktu hadir di bazar Ramadan dan ada juga yang menyokong pandangan individu itu.

image is not available 22 hours ago

Rezeki Melimpah Ketika Bulan Puasa, Peniaga Air Balang Raih Keuntungan RM10K Sehari Berniaga Di Bazar Ramadan