
Penyampai radio, Fizi Ali menjelaskan bahawa tindakannya memfailkan hak penjagaan anak (Hadanah) terhadap isteri, aktres Shakilla Khoriri bukanlah bertujuan untuk berebut sebaliknya hanya menginginkan anaknya itu mendapat kasih sayang yang sempurna.
Ujar Fizi, apa yang diharapkan hanyalah mahu Nur Ameena Sofia mendapat hak yang sepatutnya iaitu kasih sayang daripada kedua ibu bapanya.
Tiada niat untuk berebut anak
Saya bukan hendak berebut ke hendak apa, lebih penting anak saya dapat kasih sayang dari ibu dia dan bapa.
Oleh kerana sebelum ini perbincangan berdua tidak dapat diselesaikan, saya rasa inilah jalan saya rasa paling sesuai sekali (tuntutan hadanah).
Terdahulu, isu perebutan hak penjagaan anak antara Fizi Ali dan Shakilla Khoriri melarat apabila kedua-duanya mula berbalas-balas kenyataan di media sosial.
Fizi Ali mendakwa dia tidak dibenarkan berjumpa dengan Amenena setelah gagal menghubungi bekas isteri, Shakilla Khoriri bagi tujuan berjumpa anaknya itu.
Berikutan itu, Fizi Ali mengambil keputusan untuk membuat tuntutan hadanah di mahkamah syariah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Tak Ada Sebab Saya Nak Pecat DJ Lin" - Pengerusi SMRG Maklum Rating Segmen Suria Cinta Tinggi Tiap Minggu Dengan Cik Piah
The post “Hadanah Bukan Untuk Berebut, Tapi Nak Anak Saya Dapat Kasih Sayang Sempurna” – Fizi Ali first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

