Hadi Awang Dakwa AS Pernah Tawar Bantuan Jatuhkan Kerajaan

LocalPolitics
6 Sep 2026 • 6:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Bukan soal siapa bakal menjadi Perdana Menteri, sebaliknya soal campur tangan pihak luar dalam politik negara. Itu antara perkara yang dibangkitkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika mengimbas satu pertemuan melibatkan wakil Amerika Syarikat (AS).

Menurut Abdul Hadi, perkara itu berlaku ketika lawatan bekas Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia apabila beberapa pemimpin PAS dijemput ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Tawaran yang tidak diterima PAS

Image from: Hadi Awang Dakwa AS Pernah Tawar Bantuan Jatuhkan Kerajaan

Abdul Hadi berkata, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Dr. Samsuri Mokhtar yang merupakan ketua politiknya ketika itu telah menghadiri pertemuan tersebut.

Beliau mendakwa pihak AS ketika itu menawarkan bantuan berkaitan usaha untuk menjatuhkan kerajaan dan mengambil alih pentadbiran negara.

Dia (pihak AS) nak ajak bincang, sanggup nak jatuh kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Amerika sanggup tolong.- Katanya.

Bagaimanapun, menurut Abdul Hadi, kedua-dua pemimpin PAS itu tidak terpengaruh dan kekal dengan pendirian parti.

Persoalan calon Perdana Menteri

Image from: Hadi Awang Dakwa AS Pernah Tawar Bantuan Jatuhkan Kerajaan

Selepas pertemuan tersebut, Abdul Hadi mendakwa Duta AS pula meminta untuk bertemu dengannya. Beliau kemudiannya hadir bersama Datuk Mustafa Ali.

Dalam pertemuan itu, satu soalan mengenai calon Perdana Menteri yang dicadangkan PAS diajukan kepadanya.Dia tanya, siapa PAS cadang jadi perdana menteri?

Saya kata, siapa Amerika setuju? Siapa Amerika sokong, siapa dia?- Ujarnya.

Image from: Hadi Awang Dakwa AS Pernah Tawar Bantuan Jatuhkan Kerajaan

Menurut Abdul Hadi, jawapan tersebut menyebabkan wakil AS berkenaan tergamam sebelum menyatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon yang baik. Namun bagi Abdul Hadi, soal siapa bakal menjadi Perdana Menteri bukan perkara yang perlu didahulukan ketika berdepan perpecahan dan krisis politik.

Yang penting, kita buat kerja. Kita selesaikan perpecahan, selesaikan krisis. Balik buat kerja, jalankan tugas.- Tambahnya.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya menghentikan perbalahan dan kembali bersatu demi kepentingan bersama.

The post Hadi Awang Dakwa AS Pernah Tawar Bantuan Jatuhkan Kerajaan appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved