Hadiah buat peminat, Raisha tampilkan konsert istimewa di Kuala Lumpur

Entertainment
28 Sep 2022 • 12:12 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BINTANG pop dan R&B popular Indonesia, Raisha bakal menghiburkan peminat di Malaysia menerusi menerusi sebuah konsert istimewa, Raisha Live in Malaysia pada 20 November depan, jam 8.30 malam di Zepp Kuala Lumpur.

Raisa yang pernah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik di Anugerah Musik Indonesia (AMI) ke-15 dan Artis Wanita Baharu Terbaik di Anugerah Planet Muzik sebelum ini cukup dikenali menerusi single popularnya, Serba Salah.

Konsert anjuran Hitman Solutions yang berdurasi dua jam itu bakal menyaksikan penyanyi tersebut menyampaikan 20 lagu dengan diiringi pemuzik profesional.

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, berkata, pihaknya teruja dapat menampilkan bintang popular Indonesia itu untuk membuat persembahan buat pertama kali di Malaysia.

“Nama Raisa terkenal dalam industri muzik Indonesia dan karya-karyanya turut mendapat perhatian ketara di negara kita. Pencapaian itu adalah kerana beliau bukanlah penyanyi biasa.

“Suaranya yang merdu adalah ikonik dan mewakili gelombang baharu balada, lagu pop dan jazz, serta muzik melankolik lain yang serupa,” katanya yang mempunyai jangkaan besar untuk konsert tersebut.

Sejak penjualan tiket dibuka kepada umum, kategori tiket VVIP, CAT 3 dan CAT 4 habis dijual pada hari pertama, manakala CAT 1 (RM250 – Free Standing) dan CAT 2 (RM200 – Free Standing) sedang dijual dengan pantas. Tiket Raisha Live in Malaysia boleh didapati menerusi www.hitmanlive.com.