Hadiah eksklusif menanti! Bioré bawa kemeriahan Stray Kids ke TRX 2-8 November

EntertainmentLifestyle
5 Nov 2026 • 3:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Peminat kumpulan K-pop terkenal, Stray Kids khususnya STAY, tidak boleh melepaskan peluang untuk berkunjung ke Bioré × Stray Kids Roadshow yang berlangsung di TRX Mall bermula 2 hingga 8 November ini.

Image from: Hadiah eksklusif menanti! Bioré bawa kemeriahan Stray Kids ke TRX 2-8 November

Dianjurkan secara eksklusif di Watsons, acara berkenaan bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung meneroka rangkaian produk Bioré, malah turut menawarkan pelbagai aktiviti interaktif serta hadiah eksklusif untuk ditebus sepanjang roadshow berlangsung.

Bertempat di Concourse Floor hadapan Watsons, pengunjung berpeluang menyertai tiga stesen aktiviti yang disediakan bagi mendapatkan sampel percuma Bioré UV.

Image from: Hadiah eksklusif menanti! Bioré bawa kemeriahan Stray Kids ke TRX 2-8 November

Lebih menarik, pengunjung turut boleh menikmati rebat segera RM5 dengan pembelian produk Bioré bernilai minimum RM50.

Bagi yang ingin membawa pulang cenderahati istimewa, pelbagai hadiah eksklusif turut menanti menerusi kempen pembelian dan penebusan yang ditawarkan.

Image from: Hadiah eksklusif menanti! Bioré bawa kemeriahan Stray Kids ke TRX 2-8 November

Dengan perbelanjaan minimum RM50, pengunjung layak menerima sebuah beg solek percuma bersama satu barangan merchandise SKZOO Edisi Terhad.

Image from: Hadiah eksklusif menanti! Bioré bawa kemeriahan Stray Kids ke TRX 2-8 November

Bagaimanapun, merchandise SKZOO itu terhad kepada 15 pelanggan terawal setiap hari, menjadikan peluang berkenaan sesuatu yang tidak wajar dilepaskan oleh peminat Stray Kids.

Sementara itu, pembelian produk Bioré bernilai minimum RM85 pula melayakkan pengunjung menerima sebuah tumbler Bioré secara percuma.

Image from: Hadiah eksklusif menanti! Bioré bawa kemeriahan Stray Kids ke TRX 2-8 November

Jadi, ajak keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan Bioré × Stray Kids Roadshow di TRX Mall dan manfaatkan peluang meneroka produk Bioré sambil menikmati pelbagai aktiviti serta mendapatkan hadiah menarik.

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung sebelum roadshow berakhir pada 8 November ini.

Tertakluk kepada terma dan syarat. Semua hadiah adalah selagi stok masih ada. Pengunjung boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah penebusan daripada petugas roadshow.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved